Monday, July 19, 2010

Sistem sokongan enjin (Engine Support Systems)

Terdapat 4 sistem sokongan enjin
1. Sistem Ignition
2. Sistem Bahan api
3. Sistem Penyejukan
4. Sistem Pelinciran
Sistem Pelinciran


Sistem Penyejukan


ENJIN TURBIN GAS

  • Udara bersih akan masuk ke dalam enjin turbin melalui rongga pengambilan udara.
  • Udara bersih tersebut terus ke pemampat melalui pendesak pemampat.
  • Pada pendesak pemampat, udara ini disebarkan ke sekeliling dinding oleh daya empar bilah pendesak dan menyebabkan tekanan udara ditingkatkan sehingga 4 kali ganda dan menjadi panas.
  • Udara panas masuk ke ruang pembakaran dan sistem pencucuhan dinyalakan.
  • Bahan api akan terbakar pada suhu yang sangat tinggi dan menghasilkan tekanan tinggi yang dapat memutarkan turbin.
  • Gas panas dilepaskan melalui turbin kuasa dan keluar sebagai hembusan jet yang mengakibatkan tujahan.

LEVITASI MAGNET

PRINSIP ASAS

· Bagi bahan yang dimagnetkan akan mewujudkan medan magnet lemah pada arah yang bertentangan apabila diletakkan ke dalam medan magnet.

· Proses ini akan mengakibatkan bahan ini akan terapung dan prinsip ini digunakan dalam pembuatan keretapi maglev.

· Prinsip motor digunakan bagi membolehkan gerabak bergerak di dalam pemegun.


Soalan pengayaan dalam bab ini sila klik disini: soalan tambahan